Monday, 7 March 2011

8 Tips pastikan buah pinggang kekal sihat

Kanser buah pinggang peringkat ke-3 dan ke-4 sgt sukar dirawat dan ia tdk bertindak balas kpd rawatan kemoterapi atau terapi hormon yg digunakan bg merawat kanser lain, dan ini adalah tips utk penjagaan buah pinggang agar sentiasa sihat:
  1.  Sentiasa awasi tekanan darah dan paras gula 
  •  Dua punca utama yg mnjejaskan kesihatan buah pinggang anda adalah diabetis dan tekan darah  tinggi. kandungan gula yg berlebihan dlm darah utk tempkh yg lama akan merosakkan berjuta sel halus diantara kedua buah pinggang.Malaysia merupakan pengguna ke-8 tertinggi dunia..menurut kajian yg dijalnkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sejak empat dekat lalu, angka pengambilan gula sehari telah meningkat dr 17 sudu teh gula (pd thn 1970) hingga 26 sudu teh gula sehari kini!
  • tekanan darah tinggi pula blh merosakkan salur darah halus ke buah pinggang. kerosakan inilah yg akan menjejaskan fungsi buah pinggang sbg penapis bendalir yg tdk diperlukan oleh tubuh.
   2 .  Makan perlulah seimbang
  • Makanlah mengikut panduan piramid pemakanan atau dgn mengimbangi sajian anda dgn keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan ckit lemak, bagi menjamin buah pinggang anda kekal berkualiti, bykkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. kurangkan pengambilan kacang,bayam,kacang soya,coklat dan ubi kentang krn ia mampu menambahkan risiko berlakunya batu karang.

      3.   Kurangkan pengambilan daging
    • Diet yg tinggi kandungan protein dr haiwan akan memudahkan pembentukan batu karang akbat terkumpulnya kalsium berlebihan. Daging biasanya akn menghasilkan asid urik selepasia diproses oleh tubuh.Selain batu karang,asid urik juga boleh mengakibatkan gout.
      4.  Kurangkan pengambilan garam
    • Pengambilan garam berlebihan juga boleh meningkatkan tekanan darah anda.Selain itu, garam yg berlebihan juga akan mengakibatkan lebih byk cecair terkumpul di dalam badan atau juga dikenali sebagai "water retention".Keadaan ini juga membuatkan buah pinggang anda akan "dikerah"utk berkerjasecara berlebihan.
      5.  Minum air secukupnya
    • Air yg cukup memainkan peranan penting utk membantu buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan.Bagaimanapun, air yg berlebihan tdk baik utk kesihatan buah pinggang. Oleh itu, cuba kekalkan pengambilan air yg disarankan iaitu kira2 2-3 liter sehari atau 8 gelas mengikut keperluan tubuh.
      6.  Jangan merokok
    • Merokok bukan shj meningkatkan dua kali ganda risiko diserang kanser buah pinggang sebaliknya turut menyumbangkan kpd risiko kematian akibat penyakit lain spt serangan jantung.
      7.  Kurangkan pengambilan kafein
    •  Kafien mempunyai kelebihan menyerap cecair dlm tubuh. Oleh itu. pengambilan secara berlebihan akn membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Tubuh yg dehidrasi atau kekeringan ini akan membuatkan buah pinggang terpaksa berkerja dgn lebih kuat utk menyingkirkan toksin yg tidak diperlukan.
       8. Hidup lebih aktif
    • Jangan lupa utk bersenam kerana senaman secara keseluruhan baik utk kesihatan tubuh. Bagaimanapun jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang, pilihla aktiviti yg lebih santai spt berjalan, yoga atau berkebun


























    No comments:

    Post a Comment