Sunday 10 April 2011

Kuku cantik dan sihat

 

Kuku juga perlu dijaga dan dirawat supaya kelihatan bersih dan sihat. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan bagi memelihara kesihatan kuku.

Merawat Kuku

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Cengkam Kuku Kaki

Panaskan beberapa biji limau nipis dengan mengunakan api dapur kayu. Kemudian titiskan pada kuku yang mengalami cengkam. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.

Mengilatkan Kuku

Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Makanan yang sihat untuk kuku cantik:
  • Epal
  • Asparagus
  • Mentimun
  • Telur
  • Bawang putih
  • Anggur
  • Hati
  • Kekacang
  • Bawang merah
  • Salmon
  • Bijirin
  • Ikan tuna

Thursday 17 March 2011

Makanan benteras penyakit


Lada benggala untuk buah pinggang:
  
Mempunyai rendah kandungan potasium dan kaya dengan vitamin C,A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda.Selain iti, kandungan likopen, sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser.Bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau di buat salad bersama isi tuna atau ayam.

  
        ½ cawan lada benggala = 1 mg sodium, 88 mg potasium, 10 mg fosforus.

Bawang putih elak terjadinya plak gigi:

Selain mebantu mengurangkan risiko berlakunya plak gigi, ia juga membantu merendahkan kolesterol. Bawang putih juga sagat sesuai dijadikan bahan penambah perisa dalam makanan menggantikan garam kerana pelbagai rasa dan aroma.
    1 labu bawang putih = 1 mg sodium, 12 mg potasium, 4 mg fosforus.

Kubis bunga bantu hati meneutralkan toksik 


Merpukan sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vitamin C, juga padat dengan kandungan indoles, glucosinolates dan thiocyanates sejenis kimia semulajadi yang membantu menuetralkan kandungan toksik yang boleh merosakkan membran dan DNA.



    ½  cawan kubis bunga (direbus ) = 9 mg sodium, 88 mg potasium, 20 mg fosforus.

Strawberi melindungi sel tubuh 

Strawberi kaya dengan antioksidan iaitu ‘anthocyanins’ dan ‘ellagitannins’. ‘Anthocyanins’yang memberikan warna merah kepada buah ini malah kandungan antioksidan inilah melindungi sel tubuh dari kerosakan sel akibat proses oksidi. Buah ini kaya dengan vitamin C dan serat.


   ½ cawan @ 5 biji strawberi segar =  1 mg sodium, 120 mg potasium, 13 mg fosforus

Pelbagai khasiat epal

Mengandungi khasiat antiflamasi dan tinggi serat menjadikan ia sgt sesuai untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, sebiji epal sehari membantu mengurangkan kolestrol berlebihan daram darah, melindungi jantungserta mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser. Sesuai dimakan begitu sahaja, dibuat jus,salad, dibakar atau dijadikan manisan.
  
   1 biji epal saiz sederhana dengan kulit = 0 sodium, 120 mg potasium, 13 mg fosforus


Tuesday 15 March 2011

Suburkan rambut anda


     Merawat rambut dengan shampoo dan conditioner saja mungkin belum cukup bagi Anda untuk mendapatkan rambut yang benar-benar sihat dan indah.

Jika Anda benar-benar ingin memperoleh rambut yang segar, sehat dan nampak berkilau, Anda perlu mengambil makanan yang seimbang dan jgn terlalu bergantung dengan rawatan luar, anda mulailah dengan perawatan dari dalam melalui makanan bergizi.
¨Jika kita makan makanan sehat, sel-sel tubuh Anda akan tumbuh lebih kuat dan sehat, baik di dalam mahupun di luar,¨ ungkap Blatner.

Para ahli rambut juga mengatakan, jika Anda terlahir dengan rambut tipis tapi normal, Anda takkan pernah memperoleh rambut yang tebal. Tetapi dengan diet yang seimbang dan banyak mengandungi protein dan juga zat besi, mungkin Anda akan dapat rasakan perbezaannya..

Makanan yang baik untuk rambut:- 
  
  •   Mengamalkan pemakanan sayur-sayuran segar seperti ulam-ulaman dan buah-buahan
  • Memakan rumpai laut (seaweed)
  • Makanan bijirin seperti oat atau beras perang dan termasuk juga bijirin-bijirin daripada tumbuh-tumbuhan
  • Memakan ikan yang berminyak seperti ikan salmon, tuna, tenggiri, dan juga sardin.
  • Mengamalkan memakan vitamin dan garam galian seperti semua vitamin B, asid ‘gamma-linoletic’ (GLA), minyak ikan, minyak biji rami (linseed oil), selenium, zink, zat besi dan juga antioksida yang mengandungi beta-keratin seperti vitamin C dan E.
  •  Elakkan dari minum minuman yang beralkohol, minuman berkafein dan bergas, makanan yang telah diproses, lemak pepejal seperti mentega serta garam dan gula juga harus dielakkan.

Monday 14 March 2011

Kebaikan buah kurma..

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati".


Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam  yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Friday 11 March 2011

Keburukan makanan segera

Makanan segera kurang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan, Jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk kpd kesihatan dan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? 

Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:


  • Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.


  • Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.


  • Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.


  • Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.


  • Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.


  • Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.


  • Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.


  • Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.


  • Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit

Monday 7 March 2011

8 Tips pastikan buah pinggang kekal sihat

Kanser buah pinggang peringkat ke-3 dan ke-4 sgt sukar dirawat dan ia tdk bertindak balas kpd rawatan kemoterapi atau terapi hormon yg digunakan bg merawat kanser lain, dan ini adalah tips utk penjagaan buah pinggang agar sentiasa sihat:
  1.  Sentiasa awasi tekanan darah dan paras gula 
  •  Dua punca utama yg mnjejaskan kesihatan buah pinggang anda adalah diabetis dan tekan darah  tinggi. kandungan gula yg berlebihan dlm darah utk tempkh yg lama akan merosakkan berjuta sel halus diantara kedua buah pinggang.Malaysia merupakan pengguna ke-8 tertinggi dunia..menurut kajian yg dijalnkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sejak empat dekat lalu, angka pengambilan gula sehari telah meningkat dr 17 sudu teh gula (pd thn 1970) hingga 26 sudu teh gula sehari kini!
  • tekanan darah tinggi pula blh merosakkan salur darah halus ke buah pinggang. kerosakan inilah yg akan menjejaskan fungsi buah pinggang sbg penapis bendalir yg tdk diperlukan oleh tubuh.
   2 .  Makan perlulah seimbang
  • Makanlah mengikut panduan piramid pemakanan atau dgn mengimbangi sajian anda dgn keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan ckit lemak, bagi menjamin buah pinggang anda kekal berkualiti, bykkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. kurangkan pengambilan kacang,bayam,kacang soya,coklat dan ubi kentang krn ia mampu menambahkan risiko berlakunya batu karang.

      3.   Kurangkan pengambilan daging
    • Diet yg tinggi kandungan protein dr haiwan akan memudahkan pembentukan batu karang akbat terkumpulnya kalsium berlebihan. Daging biasanya akn menghasilkan asid urik selepasia diproses oleh tubuh.Selain batu karang,asid urik juga boleh mengakibatkan gout.
      4.  Kurangkan pengambilan garam
    • Pengambilan garam berlebihan juga boleh meningkatkan tekanan darah anda.Selain itu, garam yg berlebihan juga akan mengakibatkan lebih byk cecair terkumpul di dalam badan atau juga dikenali sebagai "water retention".Keadaan ini juga membuatkan buah pinggang anda akan "dikerah"utk berkerjasecara berlebihan.
      5.  Minum air secukupnya
    • Air yg cukup memainkan peranan penting utk membantu buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan.Bagaimanapun, air yg berlebihan tdk baik utk kesihatan buah pinggang. Oleh itu, cuba kekalkan pengambilan air yg disarankan iaitu kira2 2-3 liter sehari atau 8 gelas mengikut keperluan tubuh.
      6.  Jangan merokok
    • Merokok bukan shj meningkatkan dua kali ganda risiko diserang kanser buah pinggang sebaliknya turut menyumbangkan kpd risiko kematian akibat penyakit lain spt serangan jantung.
      7.  Kurangkan pengambilan kafein
    •  Kafien mempunyai kelebihan menyerap cecair dlm tubuh. Oleh itu. pengambilan secara berlebihan akn membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Tubuh yg dehidrasi atau kekeringan ini akan membuatkan buah pinggang terpaksa berkerja dgn lebih kuat utk menyingkirkan toksin yg tidak diperlukan.
       8. Hidup lebih aktif
    • Jangan lupa utk bersenam kerana senaman secara keseluruhan baik utk kesihatan tubuh. Bagaimanapun jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang, pilihla aktiviti yg lebih santai spt berjalan, yoga atau berkebun


























    Friday 4 March 2011

    Bahayanya jangkitan kuman pada mata!

    Jangkitan kuman pd mata blh terjadi akibat pemakaian kanta lekap atau kosmetik.Jika dijangkiti,mata akan menjadi merah dan berair spt berlendir, ini blh mengakibatkan penglihatan mnjadi kabur dan permukaan mata terkoyak sehingga seseorg itu tdk blh membuka matanya.jangkitan kuman dan alahan pd mata adalah berbeza..kebiasaannya alahan akan menyebabkan seseorg itu berasa gatal pd mata dan cenderung utk menggosok mata mrk, alahan juga blh disebabkan oleh lelah atau resdung. Golongan yg cenderung utk mndapat alahan mata adalah kanak2..

    jangkitan kuman mudah terjadi kerana memakai kanta lekap, apabila kita berkedip,mata akn mengeluarkan air mata utk membersihkan dan melembapkan mata.selain itu, ia juga membekalkan nutrisi dan oksigen kpd mata..dlm masa seminit mata akn berkedip secara semula jadi sebanyak 15-20 kali.Apabila jangkitan bakteria jenis Pseudomonas sp mengenai kornea akibat kanta lekap, ia agak sukar dirawat krn tiada sluran darah dlm bola mata.Oleh itu, mata bergantung sepenuhnya kpd ubat titik utk merawat masalah ini.



    TAHUKAH ANDA, kelimumur ada pada mata??

    Jika mata tdk dijaga dgn baik, kelimumur akn wujud dicelahan bulu mata, ia berlaku disebabkan jenis kulit berminyak atau kekerapan pemakaian penggaris mata..fungsi mata adalah melihat,bahagian paling penting adalah kornea..ia merupakan bhgn mata yg menerima cahaya dr sumbernya.

    jangkitan pd kelopak mata krn kosmetik blh terjadi apabila mata tdk dibersihkan sesudah disolek .ia akan menyebabkan pembukaan kelenjar dan lemak berkumpul..jika dibiarkan, ia boleh membengkak teruk dan melibatkan keseluruhan kelopak mata.sekiranya anda gemar bersolek terutamanya bhgn mata, pastikan anda mencuci solekan yg ada pd mata dgn mnggunakan minyak baby oil utk menanggalkan solekan..


    Dua jenis kulat yg biasanya berada di kawasan mata:-
    • Staphylococcus
    • Diphteroids