Lada benggala untuk buah pinggang:
Mempunyai rendah kandungan potasium dan kaya dengan vitamin C,A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda.Selain iti, kandungan likopen, sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser.Bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau di buat salad bersama isi tuna atau ayam.

Bawang putih elak terjadinya plak gigi:
Selain mebantu mengurangkan risiko berlakunya plak gigi, ia juga membantu merendahkan kolesterol. Bawang putih juga sagat sesuai dijadikan bahan penambah perisa dalam makanan menggantikan garam kerana pelbagai rasa dan aroma.
1 labu bawang putih = 1 mg sodium, 12 mg potasium, 4 mg fosforus.
1 labu bawang putih = 1 mg sodium, 12 mg potasium, 4 mg fosforus.
Kubis bunga bantu hati meneutralkan toksik
Merpukan sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vitamin C, juga padat dengan kandungan indoles, glucosinolates dan thiocyanates sejenis kimia semulajadi yang membantu menuetralkan kandungan toksik yang boleh merosakkan membran dan DNA.

½ cawan kubis bunga (direbus ) = 9 mg sodium, 88 mg potasium, 20 mg fosforus.
Strawberi melindungi sel tubuh
Strawberi kaya dengan antioksidan iaitu ‘anthocyanins’ dan ‘ellagitannins’. ‘Anthocyanins’yang memberikan warna merah kepada buah ini malah kandungan antioksidan inilah melindungi sel tubuh dari kerosakan sel akibat proses oksidi. Buah ini kaya dengan vitamin C dan serat.
½ cawan @ 5 biji strawberi segar = 1 mg sodium, 120 mg potasium, 13 mg fosforus
Pelbagai khasiat epal
Mengandungi khasiat antiflamasi dan tinggi serat menjadikan ia sgt sesuai untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, sebiji epal sehari membantu mengurangkan kolestrol berlebihan daram darah, melindungi jantungserta mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser. Sesuai dimakan begitu sahaja, dibuat jus,salad, dibakar atau dijadikan manisan.
1 biji epal saiz sederhana dengan kulit = 0 sodium, 120 mg potasium, 13 mg fosforus
1 biji epal saiz sederhana dengan kulit = 0 sodium, 120 mg potasium, 13 mg fosforus